Wednesday, September 3, 2008

Senyum Pisang


PART II

Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Cikgu Berahim telah bertanya kpd murid-muridnya.

Cikgu Berahim : Siapa nak masuk/pergi syurga?

Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Cikgu Berahim pun bertanya,

Cikgu Berahim : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?

Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.

Monday, September 1, 2008

Senyum Pisang


PART I

Cikgu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Berahim akan menyuruh murid-muridnya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid-murid baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba-tiba memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Dol. "Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah". "Oh Cikgu Berahim, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak."